Tuesday, March 22, 2011

Apabila Islam makin jauh dari hati penganutnya..


Bukan niat nak menghina tapi terkedu..

Terkedu dengan anak-anak bangsa ku yang makin sudah jauh dari ketulenan ajaran Islam. Sebentar tadi , sempat menjelajah bahan ilmiah dalam intenert . Allahuakbar , terkejut ku sebab melihat video youtube.

Video itu memaparkan beberapa anak MUDA MELAYU yang sudah tentu agamanya ISLAM sedang mempersembahkan tarian shuffle yang entah apa motif dan hasil dari tarian tu. Dalm kenduri kahwin, orang melayu juga. Allah Allah. Geleng kepala. Entahlah , kepada sapa nak dituding jari pabila situasi nie berlaku.

Cuma sekadar perkongsian , saya pernah mengendali banyak program yang bertujuan membina insan, dan analisa dari program agak mengejutkan , yang Cuma saya boleh simpulkan betapa ramai sahabat-sahabat kita sudah jauh dari Islam yang tulen.





Friday, March 18, 2011

al-Fatihah buat akhi Abu Yamin ( Ex-MMPG - SPM 2010)


" SETIAP YANG BERNYAWA PASTI MERASAI KEMATIAN"

Bismillahirrahmanirrahim..

dEngan sEgala kudrat yang terdaya, ingin di khabarkan kpd semua warga dan generasi MMPG, petang tadi 17 Mac 2011, Khamis..telah kembali sahabat kita ABU YAMIN ( SPM 2010) gen-3, ke rahmatullah di sebabkan kemalangan.

al-Fatihah. Semoga rahmat Allah senantiasa memayungi kehidupan baru buat akhi Abu Yamin. Allahyarham merupakan 2 pupu dengan saya dan juga sangat rapat dengan adik saya (Hasan) antara sebab kenapa diri ini terasa dengan kehilangannya. Jenazah allahyarham selamat di imamkan oleh Pak Su Jelani (ayah Allayarham) pada jam 11 pagi tadi, doa di baca oleh YB al-Fadhil Ustaz Izzat b Tuanguru Hj Shauki dan Tuanguru Haji Abdullah Samaah Bukit Lada dan ditalqinkan oleh al-Fadhil Ustaz Salim Mahmoud al-Hafiz.

Menurut ayah Allahyarham , beliau meninggal ketika maghrib kelmarin. Dalam taqwin hijri ,apabila matahari terbenam maka masuklah hari ke -2 atau seterusnya. Dengan erti kata , Allahyarham terpilih untuk kembali ke rahmatullah pada waktu maghrib dan sudah pun masuk hari Jumaat..MOGA RUHNYA DI CUCURI RAHMAT DAN DTEMPATKAN DI KALANGAN PARA SOLIHIN DAN MUJAHIDIN..AMIN

Monday, February 14, 2011

يا رسول الله

Detik-detik Rasulullah menghadapi sakaratul maut.

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “ Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.” Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasullullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “ Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”tanya Jinril lagi. “Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”- “Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai Rasulullah seperti baginda mencintai umatnya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaih.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Semoga akan timbullah kesedaran untuk kita mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu hanya fana belaka….

Wednesday, January 19, 2011

Ahli Alumni bertemu Pengetua baru MMPG

Pendang, 19 Jan - Hari ini menjadi saksi apabila pertemuan diantara pimpinan Alumni bersama dengan Pengetua dan pihak pentadbiran Ma'had berjalan dengan lancar.
Antara objektif yang dicapai dalam pertemuan yang selama 1 jam adalah diantaranya kelulusan untuk melaksanakan satu program besar iaitu "Perlancaran Alumni MMPG" yang bakal berlangsung pada bulan Februari tahun ini.

Pihak Ma'had menyokong sepenuhnya dengan aktiviti dan keberadaan program-program Alumni di ma'had itu sendiri.

Saudara Shauqi (setiausaha program) bersama Saudara Badri (Pengarah Program Pelancaran)
kelihatan dalam gambar di atas.



Ustaz Thalal Mustaffa; pengetua MMPG menandatangani surat kebenaran

Perbincangan dengan pihak kantin


Monday, January 10, 2011

Hukum memakai Braces


Soalan : Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?

Jawapan:

Nabi saw bersabda :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menuk
ar apa yang Allah telah ciptakan” - (Shahih Muslim #3966).

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .)

“Meluaskan jarak gigi - maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi
bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

races atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً


“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan
menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”

Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to f
ix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
merujuk statement di atas mengatakan harus memakai pendakap gigi kalau nak betulkan kedudukan gigi tapi
di malaysia hukumnya haram selagi kdudukan gigi yg tak betul tu tak beri atau mendatangkan mudharat seperti sakit,susah nak makan..

maka katanya boleh pakai pendkap gigi untuk betulkan kedudukan gigi jika ada masalah seperti susah nak makan,sakit(mudharat)
tapi kebanyakkan zaman sekarang ramai yg pakai pendakap gigi walaupun tak datangkan mudharat...tak niat kecantikkan tapi trend..ada juga niat untuk cantik..dan ada juga mengatakan doktor perlukan gigi yg cantik untuk merawat pesakit supaya pesakit yakin dengan kita and 1st impression org tengok kita dari senyuman...jadi apa sebenarnya hukum pakai pendakap gigi?

kena memahami apa sebenarnya hukum untuk memakai braces ini,
iaitu apabila

1.Memudaratkan oral cavity.
2.Menyukarkan Pengunyahan.
3.berlakunya Lesion pada mana2 bahagian oral cavity.
dsb-nya.

Di Malaysia,
Persatuan Pergigian bersepakat dengan majlis mufti untuk membenarkan membuat pendakap gigi sekiranya tidak melibat isu trend atau kecantikan.maka seeloknya kita sebagai umat yang mengikuti sunnah nabi dan hukum syariat sepatutnya mematuhi garis panduan yg sudah ditetapkan.

wallahu'alam..

Sunday, January 9, 2011

Menjawab pertanyaan : Hukum Cukur bulu Kaki

Bismillahirahmanirahim, wallahulam...

HUKUM MENCUKUR BULU KAKI DAN BULU ROMA BAGI KAUM WANITA :


Mencukur bulu kaki dan bulu roma bagi kaum wanita dilarang sebagai mana di dalam hadits berikut :


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Ertinya :Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits : “ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yang minta ditatoo , tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yang minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta dilaknat juga wanita-wanita yang cuba mengubah ciptaan Allah “ ~ Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh , Al-Imam Muslim rh , Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at-Tobrani rh .

“ Tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang diminta dicukur kening-kening mereka “ di dalam hadist tersebut merangkumi juga wanita-wanita yang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma mereka .

Kaum wanita yang benar-benar mahu menjadi orang-orang yang beriman kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w mestilah berusaha menjauhi segala gejala-tarikan yang dilakukan oleh kaum Barat yang cuba menyesatkan umat Islam . Tidak sedikit drp kaum wanita Islam yang terpedaya dengan kaum Barat hasil iklan-iklan yang ditayangkan di media-massa .

Oleh itu , wajib bagi kaum lelaki dan wanita beriman mengetahui apakah perkara yang dibenarkan dan apa pula yang dilarang daripada melakukannya .

Wanita-wanita beriman dilarang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma kerana ianya adalah merupakan salah-satu cubaan mengubah ciptaan Allah Ta’ala dan kerana ianya juga dilarang di dalam hadist di atas .

Namun , bagi kaum wanita yang mempunyai hormon yang kuat sehingga menyebabkan banyak bulu yang tumbuh di sekitar bahagia muka , tangan dan kaki dan menyebabkan seseorang wanita itu malu dan rendah diri kerana ianya merupakan perkara yang tidak normal , maka di saat itu TIDAK MENGAPA jika dilakukan proses menghilangkan dan mencukur bulu-bulu tersebut . Dan ini tidak dianggap mengubah ciptaan Allah Ta’ala bahkan ialah termasuk di dalam bab berubat dan mendapatkan rawatan .

HARUS dicukur jika bulu kaki wanita itu lebat dan banyak sehingga menyerupai kaum lelaki . HARUS dicukur bulu romanya jika ianya tumbuh secara tidak normal dan memalukan wanita itu dan HARUS pula digunting sedikit kening dan dibetulkan jika kening yang tumbuh itu panjang dan menyebabkan wanita itu merasa rendah diri .

Adapun jika seseorang wanita itu “ saja-saja “ mencukur bulu kaki dan bulu roma serta kening mereka tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak dan tanpa sebab untuk merawat ( setelah disahkan oleh doktor yang amanah bahawa itu adalah penyakit ) maka di saat itu TIDAK ADA SEBAB UNTUK WANITA ITU MENCUKUR BULU-BULU ROMA DAN BULU-BULU KAKINYA !!! .

Wallahu'alam....

Friday, January 7, 2011

Aurat wanita -bagaimana yang sepatutnya ?

Assalamu'alaikum w.b.t kepada semua teman-teman.. Hari ini saya ingin menyentuh serba sedikit tentang bab aurat.

Na'uzubillah..wanita dunia hari ini semakin lupa akan tanggungjawab ini. Bukanlah tujuan saya ingin memperli mana-mana pihak tetapi saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua dari apa yang saya baca dan apa yang saya lihat.

Sememangnya ramai wanita Islam diluar sana yang memandang remeh tentang etika berpakaian dan berhias diri mengikut Islam. Mungkin ada yang tidak tahu, atau sengaja tau tapi malu untuk melaksanakannya? Dengan berkembangnya pengaruh Barat dan unsur globalisasi sekarang ini, semakin ramai anak muda, walhal ada di antara sahabat-sahabat sekolah saya juga, makin tersasar.

Kalau dulu kat sekolah, ada dikuatkuasakan pemakaian tudung, alhamdulillah pemandangan yang biasa dilihat. Kadang-kadang terkejut juga bila di luar ketika bukan waktu sekolah atau cuti, ramai yang tak bertudung sahaja. Itu baru bab tudung. Pakaian saya tak nak cerita. Nak ditegur kawan, salah tegur lain jadinya.

Sekarang diluar kawalan sekolah, masing2 dah masuk universiti, bekerja, sedih melihat kawan-kawan ini tidak bertudung juga. Sukar sebenarnya nak menegur dengan berhikmah. Bagi yang faham, alhamdulillah.

Alhamdulillah bagi yang pakai tudung adalah lebih baik,
dari tak pakai langsung walaupun pemakaiannya tak sepenuhnya mengikut syariat. Ilmu sebegini la yang kena dikongsi..bagi mereka yang tak mengetahui itu, akhirnya mengetahui. Aurat bukan hanya dijaga dikepala - perhiasan bagi wanita adalah rambutnya, tapi keseluruhan tubuhnya. Apa lagi yang lain?

Ringkasnya, di sini saya senaraikan had-had pandangan atau aurat bagi wanita menurut al-Quran dan hadis, dari apa yang saya baca dan fahami.. Fikirkan dan semuanya terletak atas keimanan anda.

1.BULU KENING
Menurut Bukhari: “Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur(menipiskan bulu kening / meminta supaya dicukurkan bulu kening)”.Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2.KAKI
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar di ketahui perhiasan yang mereka sembunyikan”.An-Nur :31
* Menampakkan kaki* Melenggokkan badan mengikut hentakan kaki

3.WANGIAN
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka mencium baunya,maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina”.Riwayat Nasaie’,Ibn Khuzaimah dan Hibban

4.DADA
“Hendaklah meraka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka...”.An-Nur :31

5.GIGI
“Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya”.Riwayat At-Thabrani
“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah”.Riwayat Bukhari dan Muslim

6.TANGAN
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”.Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi

7.MUKA DAN LEHER
“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyyah yang dahulu”.Bersolek (make-up)Menurut Maqatil : membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyyah dengan sengaja.

8.RAMBUT
“Wahai anakku Fatimah ! adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”.Riwayat Bukhari dan Muslim

9.MATA
“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya”.An-Nur : 31
“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama,ada pun pandangan seterusnya tidak di benarkan”.Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tirmidzi

10.PAKAIAN
“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan,maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti”.Riwayat Ahmad,Abu Daud,An-Nasaie dan Ibn Majah
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya”.Riwayat Bukhari dan Muslim
Berpakaian tipis/jarangBerpakaian ketat/nampak bentukBerpakaian berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu
“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.Lantaran itu mereka tidak diganggu.Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.Al-Ahzab : 59

11.KEMALUAN
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)”.An-Nur : 31
“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta’ti suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya”.Riwayat Al-Bazaar
“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabir antara dirinya dengan Allah”.Riwayat Tirmidzi,Abu Daud dan Ibn Majah

12.MUKA DAN TANGAN
Asma’ binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang tipis.Sabda Rasulullah s.a.w: “Wahai Asma’!Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja”.Riwayat Bukhari dan Muslim

13.MULUT (SUARA)
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik”.Al-Ahzab : 32
“Sesungguhnya akan ada ummatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,iaitu kepala mereka dilalaikan oleh-oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi”.Riwayat Ibn Majah...

RENUNGKANLAH.....