Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Wednesday, September 8, 2010

Majlis Ifthor Jami'e kali ke-2

Alhamdulillah, hari yang bersejarah bagi Generasi Pertama MMPG apabila dapat dikumpulkan secara besar-besaran( besar la jugak) di bumi waqafan yang tercinta iaitu Maktab Mahmud Pendang pada 7.9.2010 yang lalu.

Terdapat ramai lepasan Maktab Makmud Pendang tidak kira berapa lama menagih ilmu di sini berjaya dikumpulkan..Alhamdulillah..


Nama yang menjadi kebanggaan setiap penuntutnya..

Dihadiri ramai tenaga pengajar dan pendidik..

Lepasan Muslimat juga tak ketinggalan untuk memeriahkan majlis ini.

Bukan setakat majlis berbuka, majlis ini turut dimeriahkan dengan ceramah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Elias Bin Hj Ismail.

Lepasan Muslimin khusyuk mendengar pengisian yang diberikan.

Sesi bergambar selepas ceramah. Moga sentiasa diberkati Allah.

Sesi bergambar untuk muslimin. Ceria-ceria belaka setelah lama tak bersua membuktikan ukhwah yang ada akan terus terjalin dan erat.


Majlis ini bukan sahaja hanya jamuan makan, bahkan Organisasi Ikatan Ex-Mahadi turut ditubuhkan. moga dengan adanya organisasi tersebut, ikatan ukhwah yang terjalin tidak akan putus dan perjalanan tarbiah dalam diri setiap individu akan sentiasa berterusan.

Turut tidak dilupakan untuk meraikan sahabat-sahabat yang akan bertolak ke Mesir pada hari raya pertama nanti..

Saudara Akrimah
Saudara Farees Fahmi.

Saudari Izzah
Saudari Kamilah
Saudari Asma'

Moga perjalanan sahabat-sahabat dalam menuntut Ilmu pengetahuan akan dipermudahkan dan diberkati. InsyaAllah.. Ameen.

Ukhwah fillah, Mahabbah ilal jannah..

Monday, August 30, 2010

Majlis Iftor Jam'ie Kali Ke-2 Kembali !!!!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Dengan izinnya , pada hari ini saya (admin blog Ikatan mmpg) punya kesempatan waktu untuk mengupdate sedikit banyak info.Walaupun sedikit, cukup ia untuk mengubat rindu (buat yg rajin buka tgok perkembgan blog ini-tapi x updte2) hehe...

(sekadar hiasan x ada kena mengena dengan realiti ataupun fantasi)

Seperti yang sudah maklum , pada 7hb Sept 2010 ( Selasa) barisan koordinator Ikatan Ma'hadian akan melaksanakan majlis berbuka puasa dengan guru-guru. Dalam majlis itu juga , akan diadakan majlis tahlil untuk sahabat kita yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.Insyallah.

Antara maklumat penting yang perlu diketahui :

*Pendaftaran bermula sebelum Asar (jadi kena mai awai la)
*RM 5 di kenakan setiap orang
*Sila berpakaian sesopannya (Insyallah)
*Perhatian kepada Muslimat sila bawa kain telekung (nak solat tarawih)
*jangan lupa bawa kamera tau ( yang nie harus ja x wajib pun)

p/s : Kepada sahabat, rugi sangat kalau x turun sebabnya pada waktu2 lain kita x punya kesempatan utk bertemu dengan sahabt2 yang pernh berkongsi suka dan duka..Kesian ya..Hanya ini ja peluang untuk kita bertemu semula..

Tuesday, November 17, 2009

Majlis Iftor berjalan lancar

Alhamdulillah,dengan izin Allah program yang dirancangkan akhirnya terlaksana dengan lancarnya..Seronok dan gembira pasti menjadi santapan jiwa coz bertemu dengan sahabat-sahabat lama yang sama-sama berjuang di bumi waqafan MMPG yang tercinta..Majlis menjAdi ceria kerana saling bertukar cerita diselang seli ketawa menguatkan lagi ukhwah yang bertunas selama di MMPG.Antara guru-guru yang hadir ialah Ustaz Shauki(Pengetua),Ustaz Lotpi sekeluarga,Ustaz Salim,Ustaz Azudin,Teacher Zawani,Ckigu Mat Noh,Ustaz Ahmad Firdaus dll..Dan turut hadir , Ustaz Azizi dan Ustazah Aminah bersama 2 cahaya mata mereka...Majlis berakhir pada jam 10 malam selepas solat tarawih.Majlis tersebut disudahi dengan salam wida' yang dikhondak oleh Akh Suhaimi Ibn Saad.

"Kami bertemu kerana Mu,dan Kami berpisah kerana Mu"...

Majlis Iftor

Majlis Iftor Jam’ie bersama Pelajar-pelajar Ex-Ma’hadian MMPG bersama dengan guru-guru MMPG.

Hari : Jumaat

Tarikh : 18 Sept. 2009 bersamaan 28 Ramadhan 1430H

Tempat : Maktab Mahmud Pendang

Tentatif Program

5.30 ptg : Kehadiran & Pendaftaran Pelajar-pelajar Ex-Ma’hadian

Ketibaan Dif-dif jemputan ( Guru-guru MMPG )

6.00 ptg : Majlis Perasmian oleh al-Fadhil Ustaz Shauki Bik ( Pengetua MMPG )

Ucapan Perwakilan dari guru lelaki

Ucapan perwakilan dari guru perempuan

Ucapan perwakilan dari pelajar lelaki/perempuan

7.20 mlm : Berbuka Puasa / Maghrib

8.30 mlm : Solat Isya’

Solat Tarawih & Tazkirah Ramadhan ( Ustaz Salim al-Hafiz )

10.30 mlm : Majlis bersurai