Tuesday, December 8, 2009

Salam perantauan

Alhamdulillah ada gak sahabat2 Ikatan Ex-Ma'hadian Pendang yang telah diberi peluang oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran di Timur Tengah.Tahniah kepada Abdullah Anuar dan Abd. Qayyum..Semoga dipermudahkan segala urusan anda berdua di sana.Insyallah...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Wajah segar bugar diorang...huhu


Photobucket
Tempat peperangan Mu'tah
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Tempat Kuliah



p/s : "guna peluang yang ada nie sebaik-baiknya...galilah ilmu di sana sedalam-dalamnya agar pulang ke tanah air kelak menjadi "pemberi manfaat" kepada masyarakat..dan pada sahabat-sahabat First Generation teruskan perjuangan anda semua..Admin sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagian anda semua. Duk kat sana tu jangan la lupakan kami di sini...

Pengisian dalam Ijtimak Pelajar Islam Malaysia (IPIM)


(sila klik pada banner diatas untuk paparan lebih jelas)

IJTIMAK PELAJAR ISLAM MALAYSIA 09

OBJEKTIF :

  1. Menghimpunan pelajar Islam di seluruh Malaysia bagi menghubungkan silaturrahim di kalangan mereka
  2. Membentuk kesatuan fikrah islam untuk membina izzah Islam
  3. Menyedarkan peranan pelajar Islam bagi mengembalikan kegemilangan islam
  4. Melatih peserta untuk turun berdakwah dalam masyarakat dan bekerja untuk Islam.

KONSEP PROGRAM

1, Peserta sendiri berminat dan bersedia untuk ditarbiiyah, kawalan dan dorongan luar adalah sebagai pembimbing.

2. Tempat program berpusat di masjid . Adab dan tatatertib di masjid hendaklah di utamakan

3. Program tidak dikenakan bayaran. Sumbangan ikhlas itu lebih utama bagi membina budaya infak.

4. Tarbiyah aqidah, fikrah, ukhuwah dan rohani serta kerja dakwah diterapkan sepanjang program.

5. terbuka kepada pelajar 15 tahun ke atas

Keterangan lanjut hubungi : PENASIHAT PROGRAM CIKGU SUKARNO 019-5987842 sukarnohamid@yahoo.com

PENGARAH : - UST. NAJHI 0136044154 . SETIAUSAHA : Saudara Amin (bg peserta Muslimin ) – 013-4661669/ syababul_muslim91@yahoo.com.my , * Saudari Adilah (bg pserta Muslimat) -013-4929164/nisauddin_17@yahoo.com

http://ibnufathani.blogspot.com/




Tuesday, November 17, 2009

Ya Allah, ikatkanlah hati-hati kami...

اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ،
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لَا يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ، وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَي الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَي وَنِعْمَ النَّصِيْرِ، اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَي سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَي آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.
Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami".
Sekian, terima kasih.







Lagu daripada La Khouf yang bertajuk Satu Hati...





........................................ ........................................ .



Bilakah lagi kita semua satu hati

Bilakah lagi keamanankan dikecapi

Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi

Bangunlah wahai ummah kita satu hati



Marilah bersama bersatu

Berjihad menentang kezaliman

Oh insan sedarlah pembalasan Allah pasti akan datang

Jangan takutjangan takut

Berjuanglah untuk keamanan

Selamat berangkat sahabat...

“Wahai sahabatku selamat berangkat ke bumi barakah yang mengalir padanya darah tiga panglima Islam iaitu Ja’far,Zaid dan Abdullah Rawahah.Semoga segala urusanmu disana dimudahi oleh Allah dengan barakah para syuhada Mu’tah.Teruskan perjuanganmu sahabat.Walau kita jauh hanya pada mata tapi sentiasa dekat di hati kerana dalam dunia Ukhwah tiada istilah jauh atau dekat jika hati kita sudah pun dikat dengan lingkaran ukhwah” Siiru ‘ala barakatillah…..





Untuk lihat lebih banyak gambar sahabat Jordan berlepas di Bayan Lepas Sila klik disini

Majlis Iftor berjalan lancar

Alhamdulillah,dengan izin Allah program yang dirancangkan akhirnya terlaksana dengan lancarnya..Seronok dan gembira pasti menjadi santapan jiwa coz bertemu dengan sahabat-sahabat lama yang sama-sama berjuang di bumi waqafan MMPG yang tercinta..Majlis menjAdi ceria kerana saling bertukar cerita diselang seli ketawa menguatkan lagi ukhwah yang bertunas selama di MMPG.Antara guru-guru yang hadir ialah Ustaz Shauki(Pengetua),Ustaz Lotpi sekeluarga,Ustaz Salim,Ustaz Azudin,Teacher Zawani,Ckigu Mat Noh,Ustaz Ahmad Firdaus dll..Dan turut hadir , Ustaz Azizi dan Ustazah Aminah bersama 2 cahaya mata mereka...Majlis berakhir pada jam 10 malam selepas solat tarawih.Majlis tersebut disudahi dengan salam wida' yang dikhondak oleh Akh Suhaimi Ibn Saad.

"Kami bertemu kerana Mu,dan Kami berpisah kerana Mu"...

Majlis Iftor

Majlis Iftor Jam’ie bersama Pelajar-pelajar Ex-Ma’hadian MMPG bersama dengan guru-guru MMPG.

Hari : Jumaat

Tarikh : 18 Sept. 2009 bersamaan 28 Ramadhan 1430H

Tempat : Maktab Mahmud Pendang

Tentatif Program

5.30 ptg : Kehadiran & Pendaftaran Pelajar-pelajar Ex-Ma’hadian

Ketibaan Dif-dif jemputan ( Guru-guru MMPG )

6.00 ptg : Majlis Perasmian oleh al-Fadhil Ustaz Shauki Bik ( Pengetua MMPG )

Ucapan Perwakilan dari guru lelaki

Ucapan perwakilan dari guru perempuan

Ucapan perwakilan dari pelajar lelaki/perempuan

7.20 mlm : Berbuka Puasa / Maghrib

8.30 mlm : Solat Isya’

Solat Tarawih & Tazkirah Ramadhan ( Ustaz Salim al-Hafiz )

10.30 mlm : Majlis bersurai

Salam ukhwah...

Salam Ukhwah buat sahabat-sahabat MMPG... alhamdulillah, selepas dipersetujui oleh sahabat-sahabat muslimin dan muslimat maka terhasil la blog ini...Adapun kewujudan blog ini juga merupakan atas permintaan sahabat-sahabat yang akan menlanjutkan pelajaran ke Timur Tengah..Semoga dengan terhasil blog ini,secara tidak langsung ia menjadi wasilah dan mengukuhkan lagi ukhwah yang dibina selama ini....Insyallah...Doakan agar blog ini sentiasa di update.....