Tuesday, November 17, 2009
Ya Allah, ikatkanlah hati-hati kami...
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لَا يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ، وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَي الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَي وَنِعْمَ النَّصِيْرِ، اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَي سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَي آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.
Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami".
Lagu daripada La Khouf yang bertajuk Satu Hati...
........................................ ........................................ .
Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanankan dikecapi
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah kita satu hati
Marilah bersama bersatu
Berjihad menentang kezaliman
Oh insan sedarlah pembalasan Allah pasti akan datang
Jangan takutjangan takut
Berjuanglah untuk keamanan
Selamat berangkat sahabat...

Untuk lihat lebih banyak gambar sahabat Jordan berlepas di Bayan Lepas Sila klik disini
Majlis Iftor berjalan lancar
"Kami bertemu kerana Mu,dan Kami berpisah kerana Mu"...
Majlis Iftor
Majlis Iftor Jam’ie bersama Pelajar-pelajar Ex-Ma’hadian MMPG bersama dengan guru-guru MMPG.
Hari : Jumaat
Tarikh : 18 Sept. 2009 bersamaan 28 Ramadhan 1430H
Tempat : Maktab Mahmud Pendang
Tentatif Program
5.30 ptg : Kehadiran & Pendaftaran Pelajar-pelajar Ex-Ma’hadian
Ketibaan Dif-dif jemputan ( Guru-guru MMPG )
6.00 ptg : Majlis Perasmian oleh al-Fadhil Ustaz Shauki Bik ( Pengetua MMPG )
Ucapan Perwakilan dari guru lelaki
Ucapan perwakilan dari guru perempuan
Ucapan perwakilan dari pelajar lelaki/perempuan
7.20 mlm : Berbuka Puasa / Maghrib
8.30 mlm : Solat Isya’
Solat Tarawih & Tazkirah Ramadhan ( Ustaz Salim al-Hafiz )
10.30 mlm : Majlis bersurai
Salam ukhwah...
Salam Ukhwah buat sahabat-sahabat MMPG... alhamdulillah, selepas dipersetujui oleh sahabat-sahabat muslimin dan muslimat maka terhasil la blog ini...Adapun kewujudan blog ini juga merupakan atas permintaan sahabat-sahabat yang akan menlanjutkan pelajaran ke Timur Tengah..Semoga dengan terhasil blog ini,secara tidak langsung ia menjadi wasilah dan mengukuhkan lagi ukhwah yang dibina selama ini....Insyallah...Doakan agar blog ini sentiasa di update.....