Thursday, November 11, 2010

Purdah dari kaca mata ulama

Dari Unit Tanzim & Jabatan Nuqaba'

Bismillah , alhamdulillah untuk pertama kalinya saya dari unit tanzim untuk berkongsi sedikit santapan rohani buat sahabat-sahabat semua.
Hari ini, teringin berkongsi denga sahabat mengenai satu perkara yang sudah menjadi perbahasan par alim 'ulama iaitu berpurdah? Bagaimana hukumnay purdah disisi ulama kita ahlulsunnah waljamaah? maka di sini saya lampirkan beberapa bahasan dari rujukan kitab-kitab arab.Insyallah semoga bermanfaat.


Purdah dari kaca mata ulama


Niqab ialah sesuatu yang digunakan oleh wanita bagi menutup bahagian wajah mereka.Cuma yang dipamerkan hanya bahagian mata sahaja.Terdapat lagi istilah-istilah yang ada kaitan dengan niqab.Antaranya ialah khimar, burqa’ , hijab, dan litham. Saya akan terangkan secara ringkas satu persatu kaitan antara istilah-istilah tersebut dengan niqab.

1. الخمار : ini ialah nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian kepala bagi wanita.Ini berdasarkan firman Allah taala di dalam al-Quran surah al-Nur ayat 31:


وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ


Maksudnya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
Kaitan di antara niqab dan khimar ialah niqab digunakan untuk menutup wajah,manakala khimar digunakan untuk menutup kepala.Kedua-duanya merupakan pakaian muslimah.

2. الحجاب: Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wanita tersebut.

3. البُرقَع : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wajah wanita.Menurut Ibn Manzhur ,pengarang kitab Lisan al-Arab: Terdapat sedikit ruang untuk memperlihatkan mata bagi burqa’. Jika kita mengambil dengan takrif yang diberikan oleh Ibn Manzhur maka ianya sama maksud dengan niqab.

4. اللِثام : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian mulut.Kaitan di antara niqab dan al-Litham ialah , niqab digunakan untuk menutup keseluruhan wajah kecuali kedua mata. Manakala al-Litham pula digunakan untuk menutup bahagian mulut dan ke bawah. Bilamana niqab digunakan untuk menutup bahagian wajah wanita maka ianya mempunyai kaitan rapat dengan aurat. Ini kerana, aurat adalah merupakan anggota yang wajib ditutup. Maka para ulama berbeza pendapat, adakah wajah termasuk di dalam aurat bagi wanita?

Jumhur para ulama iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah berpendapat mengatakan bahawa wajah wanita bukanlah aurat. Ini bermakna, diharuskan bagi wanita untuk menutup wajahnya dan dibenarkan juga baginya untuk membuka wajahnya.


Menurut para ulama bermazhab Hanafi: Wanita muda dilarang mempamerkan wajahnya di hadapan lelaki yang ajnabi . Larangan di sini bukanlah disebabkan wajah mereka aurat. Tetapi adalah untuk mengelakkan fitnah.Ini juga merupakan pendapat al-Imam Ibn Abidin rahimahullah, salah seorang ulama Hanafi.


Manakala para ulama bermazhab Maliki pula berpendapat: Makruh bagi wanita untuk memakai niqab( yang dimaksudkan dengan niqab oleh para ulama Maliki ialah yang menutup keseluruhan wajah termasuk mata)sama ada semasa solat atau selainnya.Ini kerana ianya terlalu berlebih-lebihan. Maka berdasarkan pendapat ini, golongan lelaki adalah lebih utama tidak memakai niqab, kecuali jika ianya menjadi adat bagi tempat tersebut.

Para ulama Maliki juga menyebutkan bahawa: Jika wanita tersebut muda dan cantik serta dibimbangi ianya akan menimbulkan fitnah, maka wajib baginya memakai niqab(purdah), serta menutup kedua tapak tangannya(dengan memakai sarung tangan).

Para ulama bermazhab Syafie pula berbeza pendapat didalam masalah niqab ini.Sebahagian ulama bermazhab Syafie berpendapat wajib bagi wanita memakai niqab,sebahagian lagi mengatakan ianya sunnah manakala sebahagian lagi mengatakan ianya merupakan Khilaf al-Aula.

Didalam hadis baginda sallallahu alaihi wasallam disebutkan:


عن سيدنا ابن عمر رضى الله عنهما أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: لا تنتقب المرأة المحرمة و لا تلبس القفازين


Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, Sesungguhnya Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Janganlah seorang wanita tersebut memakai niqab dan memakai sarung tangan ketika dalam keadaan ihram.

Disebutkan oleh Ibn Taimiyah rahimahullah : Hadis ini menjadi dalil bahawa wanita pada zaman Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai niqab dan sarung tangan. Oleh sebab itulah baginda sallallahu alaihi wasallam melarang pemakaian tersebut pada ketika waktu menunaikan ibadah haji.

KESIMPULAN

Jika kita menilai dengan baik pendapat para ulama tersebut, maka jelas menunjukkan bahawa niqab adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam. Cuma perlu difahami, bukanlah saya bertujuan untuk menyuruh semua wanita memakai niqab secara total. Amalkan berdasarkan kemampuan kita. Jika wanita tersebut merasakan bahawa jika dia tidak memakai niqab maka ianya akan menjadi lebih bahaya dan fitnah(manusia akan memandang kepadanya dengan syahwat),maka wajib baginya memakai niqab. Tetapi jika dia merasakan bahawa tiada masalah jika dia tidak memakai niqab, maka tidaklah menjadi dosa jika dia tidak memakai niqab sekalipun. Mereka boleh mengunakan sebahagian pendapat yang dipegang oleh ulama bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa ianya merupakan Sunnah.

Wallahu a’lam



Sumber rujukan :

1. Mausu’ah Kuwaitiyah jilid 41 mukasurat 134

2. Mausu’ah Yusufiyah oleh Syiekh Doktor Yussuf Khattar hafizahullah mukasurat 605-610

Blog Ustaz Nazrl Nasir (http://nazrulnasir.blogspot.com/)

Wednesday, November 10, 2010

ORGANISASI ALUMNI MAKTAB MAHMUD PENDANG

Alhamdulillah, selesai sudah mesyuarat Majlis Tertinggi alumni.Antara agenda mesyuarat tersebut adalah melantik barisan exco-exco yang bakal sama-sama untuk meneraju kepimpinan dalm alumni.Insyallah, tunaikan amanah andaJawatan adalah "taklif" (tanggunjawab) bukan tasyrif(untuk dibangga).Jadi buat semua sahabat-sahabat inilah susunan organisasi atas keputusan syura mesyuarat barisn Majlis Tertinggi Alumni.

ORGANISASI ALUMNI MAKTAB MAHMUD PENDANG




http://www.skyalbum.com/showAlbum/333132

PENAUNG : USTAZ THALAL BIN MUSTAFFA

PENASIHAT :

PENASIHAT 1 : USTAZ LUTPI BIN ABD AZIZ

PENASIHAT 2 : USTAZAH SUHANA BINTI SUUD


Majlis Tertinggi (MT Alumni)

PENGARAH : MUHAMMAD SUHAIMI BIN SAAD

TIMB. PENGARAH 1 : BADRI BIN ABU BAKAR

TIMB. PENGARAH 2 : RAIHANAH BINTI REJAB

SETIAUSAHA : MUHAMMAD HILMI BIN CHE HALIM

TIMB. SETIAUSAHA : HANI NABILAH BINTI SUKARNO

BENBAHARI : AHMAD FIKRI ARIF BIN AHMAD FUAT

TIMB. BENDAHARI : SITI NOR AMIRA BINTI BAHARUDDIN


Barisan Exco-Exco

UNIT KEROHANIAN DAN KEPIMPINAN

KETUA UNIT : MUHAMMAD SYAUQI BIN ELIAS

TIMB. UNIT : FARAH DIANA BINTI ABU BAKAR


UNIT TANZIM DAN JABATAN NUQABA’

KETUA UNIT : MUHAMMAD SUHAIMI BIN SAAD

TIMB. UNIT : NOOR IZZATI BINTI ABD WAHAB


UNIT EKONOMI DAN KOPERASI

KETUA UNIT : SYUKRI BIN OTHMAN

TIMB. UNIT : NAZIHAH BINTI ABD GHANI


UNIT KOMUNIKASI TEMPATAN DAN ANTARABAGSA

KETUA UNIT : MOHD NAIM BIN SAID

TIMB. UNIT : RASYIDAH BINTI ABD HALIM


UNIT KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN

KETUA UNIT : MOHD AKMAL ARIF BIN HASSIEM

TIMB. UNIT : NUR ADILAH BINTI ABD TAHIR


UINIT MAKLUMAT DAN MULTIMEDIA

KETUA UNIT : MUHAMMAD AMIN BIN HJ SUHAIMI

TIMB. UNIT : NURUL HAZIMAH BINTI IBRAHIM


UNIT KEBUDAYAAN DAN TUGASAN KHAS

KETUA UNIT : MOHD AFIF BIN SOBRI

TIMB. UNIT : WAN FATIN NADA BIN WAN ISMAIL


“GENERASI BERUKHUWAH, BERTUNJANGKAN DAKWAH,

MEMPERKASAKAN SAHSIAH”

Sunday, October 10, 2010

Gambar Hantar Sahabat Alumni yang ke Mesir

Alhamdulillah, pertamanya bersyukur kepada Allah. Keduanya, admin mewakili Alumni Maktab Mahmud Pendang mengucapkan tahniah buat sahabat-sahabat yang menyambung ke Timur Tengah ;Mesir.Sahabat-sahabat yang dimaksudkan adalah Saudara Farees (G1) , Saudara Akhrimah (G1) , Siti Asma (G1) dan Siti Kamilah (G1)..Kepada sahabat-sahabat tersebut, selamat menuntut ilmu di bumi anbiya'..Semoga berjaya di dunia akhirat..Ukhwah fillah Mahabbah Ilal jannah..Di bawah ada sedikit koleksi gambar yang sempat dirakam bersama-sama sahabat alumni yang lain pada malam perlepasan pelajar2 Kedah pada malam raya pertama..

Slide Kenangan Majlis Berbuka Puasa Kali-2 untuk tahun 2010

Wednesday, September 8, 2010

Majlis Ifthor Jami'e kali ke-2

Alhamdulillah, hari yang bersejarah bagi Generasi Pertama MMPG apabila dapat dikumpulkan secara besar-besaran( besar la jugak) di bumi waqafan yang tercinta iaitu Maktab Mahmud Pendang pada 7.9.2010 yang lalu.

Terdapat ramai lepasan Maktab Makmud Pendang tidak kira berapa lama menagih ilmu di sini berjaya dikumpulkan..Alhamdulillah..


Nama yang menjadi kebanggaan setiap penuntutnya..

Dihadiri ramai tenaga pengajar dan pendidik..

Lepasan Muslimat juga tak ketinggalan untuk memeriahkan majlis ini.

Bukan setakat majlis berbuka, majlis ini turut dimeriahkan dengan ceramah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Elias Bin Hj Ismail.

Lepasan Muslimin khusyuk mendengar pengisian yang diberikan.

Sesi bergambar selepas ceramah. Moga sentiasa diberkati Allah.

Sesi bergambar untuk muslimin. Ceria-ceria belaka setelah lama tak bersua membuktikan ukhwah yang ada akan terus terjalin dan erat.


Majlis ini bukan sahaja hanya jamuan makan, bahkan Organisasi Ikatan Ex-Mahadi turut ditubuhkan. moga dengan adanya organisasi tersebut, ikatan ukhwah yang terjalin tidak akan putus dan perjalanan tarbiah dalam diri setiap individu akan sentiasa berterusan.

Turut tidak dilupakan untuk meraikan sahabat-sahabat yang akan bertolak ke Mesir pada hari raya pertama nanti..

Saudara Akrimah
Saudara Farees Fahmi.

Saudari Izzah
Saudari Kamilah
Saudari Asma'

Moga perjalanan sahabat-sahabat dalam menuntut Ilmu pengetahuan akan dipermudahkan dan diberkati. InsyaAllah.. Ameen.

Ukhwah fillah, Mahabbah ilal jannah..

Monday, August 30, 2010

Majlis Iftor Jam'ie Kali Ke-2 Kembali !!!!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Dengan izinnya , pada hari ini saya (admin blog Ikatan mmpg) punya kesempatan waktu untuk mengupdate sedikit banyak info.Walaupun sedikit, cukup ia untuk mengubat rindu (buat yg rajin buka tgok perkembgan blog ini-tapi x updte2) hehe...

(sekadar hiasan x ada kena mengena dengan realiti ataupun fantasi)

Seperti yang sudah maklum , pada 7hb Sept 2010 ( Selasa) barisan koordinator Ikatan Ma'hadian akan melaksanakan majlis berbuka puasa dengan guru-guru. Dalam majlis itu juga , akan diadakan majlis tahlil untuk sahabat kita yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.Insyallah.

Antara maklumat penting yang perlu diketahui :

*Pendaftaran bermula sebelum Asar (jadi kena mai awai la)
*RM 5 di kenakan setiap orang
*Sila berpakaian sesopannya (Insyallah)
*Perhatian kepada Muslimat sila bawa kain telekung (nak solat tarawih)
*jangan lupa bawa kamera tau ( yang nie harus ja x wajib pun)

p/s : Kepada sahabat, rugi sangat kalau x turun sebabnya pada waktu2 lain kita x punya kesempatan utk bertemu dengan sahabt2 yang pernh berkongsi suka dan duka..Kesian ya..Hanya ini ja peluang untuk kita bertemu semula..

Tuesday, April 27, 2010

Lebih baik dari sangkaan mereka..


Aku harap sangka baik orang kepadaku
Adalah doanya
Sedangkan apa yang disangka oleh mereka tidak ada padaku
Aku amat malu mendengarnya

Sangka baik mereka moga-moga pahala bagi mereka
Jangan pula jadi bala kepadaku

Ampunkan dosa-dosaku Tuhan, apa yang mereka tidak tahu
Jadikan aku lebih baik daripada apa yang mereka sangka
Berilah pahala kepada mereka kerana sangka baiknya
Bantulah aku untuk dapat melaksanakan apa yang mereka kata
Kerana aku malu kalau aku tidak berbuat apa yang mereka sangka

Jangan pula Engkau murka apa yang mereka kata
Setiap apa yang mereka kata berilah aku kekuatan untuk melaksanakannya
Dan jadikanlah ini satu pendorong buat aku melakukannya

Kalaulah mereka tahu kelemahanku
Bukan sahaja mereka tidak memuji, bahkan lari dariku
Bukan sahaja mereka tidak memuji bahkan akan mencaciku
Aku telah terperangkap dengan kata-kata mereka

Kalau aku tidak berbuat, orang menyangka aku berbuat
Jika aku hendak berbuat, adakalanya tidak mampu
Dengan rahmat-Mu berilah aku kekuatan untuk mengerjakannya
Moga-moga apa yang mereka katakan aku mampu membuatnya

nukilan ASZ

http://www.bicaraaddin.com