Wednesday, September 8, 2010
Majlis Ifthor Jami'e kali ke-2
Monday, August 30, 2010
Majlis Iftor Jam'ie Kali Ke-2 Kembali !!!!

Tuesday, April 27, 2010
Lebih baik dari sangkaan mereka..

Aku harap sangka baik orang kepadaku
Adalah doanya
Sedangkan apa yang disangka oleh mereka tidak ada padaku
Aku amat malu mendengarnya
Sangka baik mereka moga-moga pahala bagi mereka
Jangan pula jadi bala kepadaku
Ampunkan dosa-dosaku Tuhan, apa yang mereka tidak tahu
Jadikan aku lebih baik daripada apa yang mereka sangka
Berilah pahala kepada mereka kerana sangka baiknya
Bantulah aku untuk dapat melaksanakan apa yang mereka kata
Kerana aku malu kalau aku tidak berbuat apa yang mereka sangka
Jangan pula Engkau murka apa yang mereka kata
Setiap apa yang mereka kata berilah aku kekuatan untuk melaksanakannya
Dan jadikanlah ini satu pendorong buat aku melakukannya
Kalaulah mereka tahu kelemahanku
Bukan sahaja mereka tidak memuji, bahkan lari dariku
Bukan sahaja mereka tidak memuji bahkan akan mencaciku
Aku telah terperangkap dengan kata-kata mereka
Kalau aku tidak berbuat, orang menyangka aku berbuat
Jika aku hendak berbuat, adakalanya tidak mampu
Dengan rahmat-Mu berilah aku kekuatan untuk mengerjakannya
Moga-moga apa yang mereka katakan aku mampu membuatnya
nukilan ASZ
http://www.bicaraaddin.com
Tuesday, December 8, 2009
Salam perantauan
p/s : "guna peluang yang ada nie sebaik-baiknya...galilah ilmu di sana sedalam-dalamnya agar pulang ke tanah air kelak menjadi "pemberi manfaat" kepada masyarakat..dan pada sahabat-sahabat First Generation teruskan perjuangan anda semua..Admin sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagian anda semua. Duk kat sana tu jangan la lupakan kami di sini...
Pengisian dalam Ijtimak Pelajar Islam Malaysia (IPIM)
IJTIMAK PELAJAR ISLAM MALAYSIA 09
OBJEKTIF :
- Menghimpunan pelajar Islam di seluruh Malaysia bagi menghubungkan silaturrahim di kalangan mereka
- Membentuk kesatuan fikrah islam untuk membina izzah Islam
- Menyedarkan peranan pelajar Islam bagi mengembalikan kegemilangan islam
- Melatih peserta untuk turun berdakwah dalam masyarakat dan bekerja untuk Islam.
KONSEP PROGRAM
1, Peserta sendiri berminat dan bersedia untuk ditarbiiyah, kawalan dan dorongan luar adalah sebagai pembimbing.
2. Tempat program berpusat di masjid . Adab dan tatatertib di masjid hendaklah di utamakan
3. Program tidak dikenakan bayaran. Sumbangan ikhlas itu lebih utama bagi membina budaya infak.
4. Tarbiyah aqidah, fikrah, ukhuwah dan rohani serta kerja dakwah diterapkan sepanjang program.
5. terbuka kepada pelajar 15 tahun ke atas
Keterangan lanjut hubungi : PENASIHAT PROGRAM CIKGU SUKARNO 019-5987842 sukarnohamid@yahoo.com
PENGARAH : - UST. NAJHI 0136044154 . SETIAUSAHA : Saudara Amin (bg peserta Muslimin ) – 013-4661669/ syababul_muslim91@yahoo.com.my , * Saudari Adilah (bg pserta Muslimat) -013-4929164/nisauddin_17@yahoo.com
http://ibnufathani.blogspot.com/
Tuesday, November 17, 2009
Ya Allah, ikatkanlah hati-hati kami...
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لَا يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ، وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَي الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَي وَنِعْمَ النَّصِيْرِ، اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَي سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَي آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.
Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami".
Lagu daripada La Khouf yang bertajuk Satu Hati...
........................................ ........................................ .
Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanankan dikecapi
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah kita satu hati
Marilah bersama bersatu
Berjihad menentang kezaliman
Oh insan sedarlah pembalasan Allah pasti akan datang
Jangan takutjangan takut
Berjuanglah untuk keamanan
Selamat berangkat sahabat...

Untuk lihat lebih banyak gambar sahabat Jordan berlepas di Bayan Lepas Sila klik disini










