Wednesday, January 19, 2011

Ahli Alumni bertemu Pengetua baru MMPG

Pendang, 19 Jan - Hari ini menjadi saksi apabila pertemuan diantara pimpinan Alumni bersama dengan Pengetua dan pihak pentadbiran Ma'had berjalan dengan lancar.
Antara objektif yang dicapai dalam pertemuan yang selama 1 jam adalah diantaranya kelulusan untuk melaksanakan satu program besar iaitu "Perlancaran Alumni MMPG" yang bakal berlangsung pada bulan Februari tahun ini.

Pihak Ma'had menyokong sepenuhnya dengan aktiviti dan keberadaan program-program Alumni di ma'had itu sendiri.

Saudara Shauqi (setiausaha program) bersama Saudara Badri (Pengarah Program Pelancaran)
kelihatan dalam gambar di atas.



Ustaz Thalal Mustaffa; pengetua MMPG menandatangani surat kebenaran

Perbincangan dengan pihak kantin


Monday, January 10, 2011

Hukum memakai Braces


Soalan : Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?

Jawapan:

Nabi saw bersabda :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menuk
ar apa yang Allah telah ciptakan” - (Shahih Muslim #3966).

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .)

“Meluaskan jarak gigi - maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi
bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

races atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً


“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan
menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”

Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to f
ix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.
merujuk statement di atas mengatakan harus memakai pendakap gigi kalau nak betulkan kedudukan gigi tapi
di malaysia hukumnya haram selagi kdudukan gigi yg tak betul tu tak beri atau mendatangkan mudharat seperti sakit,susah nak makan..

maka katanya boleh pakai pendkap gigi untuk betulkan kedudukan gigi jika ada masalah seperti susah nak makan,sakit(mudharat)
tapi kebanyakkan zaman sekarang ramai yg pakai pendakap gigi walaupun tak datangkan mudharat...tak niat kecantikkan tapi trend..ada juga niat untuk cantik..dan ada juga mengatakan doktor perlukan gigi yg cantik untuk merawat pesakit supaya pesakit yakin dengan kita and 1st impression org tengok kita dari senyuman...jadi apa sebenarnya hukum pakai pendakap gigi?

kena memahami apa sebenarnya hukum untuk memakai braces ini,
iaitu apabila

1.Memudaratkan oral cavity.
2.Menyukarkan Pengunyahan.
3.berlakunya Lesion pada mana2 bahagian oral cavity.
dsb-nya.

Di Malaysia,
Persatuan Pergigian bersepakat dengan majlis mufti untuk membenarkan membuat pendakap gigi sekiranya tidak melibat isu trend atau kecantikan.maka seeloknya kita sebagai umat yang mengikuti sunnah nabi dan hukum syariat sepatutnya mematuhi garis panduan yg sudah ditetapkan.

wallahu'alam..

Sunday, January 9, 2011

Menjawab pertanyaan : Hukum Cukur bulu Kaki

Bismillahirahmanirahim, wallahulam...

HUKUM MENCUKUR BULU KAKI DAN BULU ROMA BAGI KAUM WANITA :


Mencukur bulu kaki dan bulu roma bagi kaum wanita dilarang sebagai mana di dalam hadits berikut :


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Ertinya :Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits : “ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yang minta ditatoo , tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yang minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta dilaknat juga wanita-wanita yang cuba mengubah ciptaan Allah “ ~ Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh , Al-Imam Muslim rh , Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at-Tobrani rh .

“ Tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang diminta dicukur kening-kening mereka “ di dalam hadist tersebut merangkumi juga wanita-wanita yang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma mereka .

Kaum wanita yang benar-benar mahu menjadi orang-orang yang beriman kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w mestilah berusaha menjauhi segala gejala-tarikan yang dilakukan oleh kaum Barat yang cuba menyesatkan umat Islam . Tidak sedikit drp kaum wanita Islam yang terpedaya dengan kaum Barat hasil iklan-iklan yang ditayangkan di media-massa .

Oleh itu , wajib bagi kaum lelaki dan wanita beriman mengetahui apakah perkara yang dibenarkan dan apa pula yang dilarang daripada melakukannya .

Wanita-wanita beriman dilarang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma kerana ianya adalah merupakan salah-satu cubaan mengubah ciptaan Allah Ta’ala dan kerana ianya juga dilarang di dalam hadist di atas .

Namun , bagi kaum wanita yang mempunyai hormon yang kuat sehingga menyebabkan banyak bulu yang tumbuh di sekitar bahagia muka , tangan dan kaki dan menyebabkan seseorang wanita itu malu dan rendah diri kerana ianya merupakan perkara yang tidak normal , maka di saat itu TIDAK MENGAPA jika dilakukan proses menghilangkan dan mencukur bulu-bulu tersebut . Dan ini tidak dianggap mengubah ciptaan Allah Ta’ala bahkan ialah termasuk di dalam bab berubat dan mendapatkan rawatan .

HARUS dicukur jika bulu kaki wanita itu lebat dan banyak sehingga menyerupai kaum lelaki . HARUS dicukur bulu romanya jika ianya tumbuh secara tidak normal dan memalukan wanita itu dan HARUS pula digunting sedikit kening dan dibetulkan jika kening yang tumbuh itu panjang dan menyebabkan wanita itu merasa rendah diri .

Adapun jika seseorang wanita itu “ saja-saja “ mencukur bulu kaki dan bulu roma serta kening mereka tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak dan tanpa sebab untuk merawat ( setelah disahkan oleh doktor yang amanah bahawa itu adalah penyakit ) maka di saat itu TIDAK ADA SEBAB UNTUK WANITA ITU MENCUKUR BULU-BULU ROMA DAN BULU-BULU KAKINYA !!! .

Wallahu'alam....

Friday, January 7, 2011

Aurat wanita -bagaimana yang sepatutnya ?

Assalamu'alaikum w.b.t kepada semua teman-teman.. Hari ini saya ingin menyentuh serba sedikit tentang bab aurat.

Na'uzubillah..wanita dunia hari ini semakin lupa akan tanggungjawab ini. Bukanlah tujuan saya ingin memperli mana-mana pihak tetapi saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua dari apa yang saya baca dan apa yang saya lihat.

Sememangnya ramai wanita Islam diluar sana yang memandang remeh tentang etika berpakaian dan berhias diri mengikut Islam. Mungkin ada yang tidak tahu, atau sengaja tau tapi malu untuk melaksanakannya? Dengan berkembangnya pengaruh Barat dan unsur globalisasi sekarang ini, semakin ramai anak muda, walhal ada di antara sahabat-sahabat sekolah saya juga, makin tersasar.

Kalau dulu kat sekolah, ada dikuatkuasakan pemakaian tudung, alhamdulillah pemandangan yang biasa dilihat. Kadang-kadang terkejut juga bila di luar ketika bukan waktu sekolah atau cuti, ramai yang tak bertudung sahaja. Itu baru bab tudung. Pakaian saya tak nak cerita. Nak ditegur kawan, salah tegur lain jadinya.

Sekarang diluar kawalan sekolah, masing2 dah masuk universiti, bekerja, sedih melihat kawan-kawan ini tidak bertudung juga. Sukar sebenarnya nak menegur dengan berhikmah. Bagi yang faham, alhamdulillah.

Alhamdulillah bagi yang pakai tudung adalah lebih baik,
dari tak pakai langsung walaupun pemakaiannya tak sepenuhnya mengikut syariat. Ilmu sebegini la yang kena dikongsi..bagi mereka yang tak mengetahui itu, akhirnya mengetahui. Aurat bukan hanya dijaga dikepala - perhiasan bagi wanita adalah rambutnya, tapi keseluruhan tubuhnya. Apa lagi yang lain?

Ringkasnya, di sini saya senaraikan had-had pandangan atau aurat bagi wanita menurut al-Quran dan hadis, dari apa yang saya baca dan fahami.. Fikirkan dan semuanya terletak atas keimanan anda.

1.BULU KENING
Menurut Bukhari: “Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur(menipiskan bulu kening / meminta supaya dicukurkan bulu kening)”.Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2.KAKI
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar di ketahui perhiasan yang mereka sembunyikan”.An-Nur :31
* Menampakkan kaki* Melenggokkan badan mengikut hentakan kaki

3.WANGIAN
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka mencium baunya,maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina”.Riwayat Nasaie’,Ibn Khuzaimah dan Hibban

4.DADA
“Hendaklah meraka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka...”.An-Nur :31

5.GIGI
“Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya”.Riwayat At-Thabrani
“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah”.Riwayat Bukhari dan Muslim

6.TANGAN
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”.Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi

7.MUKA DAN LEHER
“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyyah yang dahulu”.Bersolek (make-up)Menurut Maqatil : membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyyah dengan sengaja.

8.RAMBUT
“Wahai anakku Fatimah ! adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”.Riwayat Bukhari dan Muslim

9.MATA
“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya”.An-Nur : 31
“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama,ada pun pandangan seterusnya tidak di benarkan”.Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tirmidzi

10.PAKAIAN
“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan,maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti”.Riwayat Ahmad,Abu Daud,An-Nasaie dan Ibn Majah
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya”.Riwayat Bukhari dan Muslim
Berpakaian tipis/jarangBerpakaian ketat/nampak bentukBerpakaian berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu
“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.Lantaran itu mereka tidak diganggu.Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.Al-Ahzab : 59

11.KEMALUAN
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)”.An-Nur : 31
“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta’ti suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya”.Riwayat Al-Bazaar
“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabir antara dirinya dengan Allah”.Riwayat Tirmidzi,Abu Daud dan Ibn Majah

12.MUKA DAN TANGAN
Asma’ binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang tipis.Sabda Rasulullah s.a.w: “Wahai Asma’!Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja”.Riwayat Bukhari dan Muslim

13.MULUT (SUARA)
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik”.Al-Ahzab : 32
“Sesungguhnya akan ada ummatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,iaitu kepala mereka dilalaikan oleh-oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi”.Riwayat Ibn Majah...

RENUNGKANLAH.....

Friday, November 26, 2010

Renungan kisah Ashabul ukhdud


*maaf, agak panjang post kali ni, tp kalau pendek takot x faham plak. So, sila baca sampai abis ye dan ambillah ikhtibar dari kisah ini.....

Pada masa dahulu raja-raja bergantung kepada ahli sihir untuk mengukuhkan lagi takhta kerajaan mereka. Sihir digunakan oleh pemerintah untuk menipu orang ramai yang menyebabkan mereka menjadikan raja sebagai tuhan selain daripada Allah swt. Rasulullah saw telah memberitahu bahawa ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir yang sudah lanjut usianya. Tukang sihir ini merasa takut akan kehilangan ilmunya dan meminta agar raja tersebut mencari seorang budak yang bijak dan menonjol pada masa itu untuk mewarisi ilmu dan kesesatanya. Raja itu menunaikan hajat tujang sihir tadi.

Pada suatu hari ketika pemuda itu berulang alik dari istana, dia telah melalui satu tempat yang merupakan tempat tinggal seorang rahib (ahli agama ) yang mana dia begitu tertarik kepadanya dan mendengar segala nasihat daripada rahib tadi. Setelah pemuda itu mengadu kepada rahib tersebut mengenai tindakan ahli sihir yang akan dikenakan jika dia terlewat kerana belajar dengan rahib. Lalu rahib itu memberi cadangan iaitu jika tukang sihir itu bertanya tentang kelewatannya maka katakanlah bahawa keluarganya telah menyekatnya dan jika ditanya oleh keluargamu maka katakanlah bahawa tukang sihir telah menahannya yang menyebabkan dia kelewatan.

Pada suatu hari pemuda tersebut telah terserempak dengan seekor binatang besar yang menahan dan menyekat orang ramai yang mana ia kemungkinan sebagaimana singa atau ular yang besar. Rentetan daripada masalah ini, timbullah satu peluang bagi pemuda tersebut untuk menyelesaikan perkara di antara tukang sihir dan rahib bagi mengetahui yang manakah di anatara mereka berdua berada di dalam kebenaran. Lalu dia pun mengambil seketul batu dan melontar kepada binatang tersebut dengan memohon kepada tuhan agar membunuh binatang tersebut jika sekiranya rahib itu lebih diredahaiNya berbanding dengan tukang sihir itu. Tiba-tiba binatang itu tersungkur dan rebah dengan lontaran tadi sedangkan orang ramai menyangka bahawa binatang tersebut tersungkur kerana kelebihan daripada ilmu sihir yang dipelajarinya.

Setelah rahib tersebut mengetahui bahawa pemuda tersebut akan diuji kerana telah memperlihatkan ilmunya, maka dia meminta agar budak itu tidak berdakwah secara senyap sebagaimana yang dilakukan oleh rahib tersebut tetapi sebaliknya rahib tersebut meminta agar tidak memberitahu mengenainya kepada orang ramai. Pesan rahib lagi bahawa orang mukmin itu meminta kesejahteraan hanya kepada Allah dan jika diuji dia bersabar.

Allah swt telah mengurniakan kepada budak tadi kelebihan menyembuh penyakit-penyakit di antaranya mencelikkan penglihatan dan menyembuhkan penyakit sopak yang mana dia memberitahu bahawa penyembuhnya adalah Allah. Sesiapa yang beriman kepada Allah maka Dialah jua penyembuhnya. Pemuda tadi tetap dalam menyebarkan dakwah ketika mengubati penyakit orang ramai. Tersebarlah berita mengenai kehebatan pemuda tadi kepada salah seorang pegawai istana yang buta . Tanpa berlengah, dia pun memberikan kepada budak tadi satu hadiah yang besar untuk mengubatinya. Pemuda tersebut memberitahu bahawa penyembuhnya adalah Allah. Jika dia beriman kepada Allah, dia akan berdoa kepada Allah supaya Dia menyembuhkan penyakitnya. Pegawai tadi terus beriman dan penyakitnya disembuhkan dengan berkat daripada doa budak tadi.

Pada suatu hari, pegawai tadi telah menghadiri suatu majlis yang mana raja berasa hairan terhadap apa yang berlaku kepada pegawai itu. Maka dia bertanya: “Siapakah yang menyembuhkan penglihatanmu”. Lalu pegawai tersebut menjawab: “Tuhanku”. Maka raja tersebut bertanya lagi: “Adakah bagi kamu tuhan selain daripadaku?”. Pegawai itu menjawab: “Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah”. Maka raja tersebut begitu marah apabila mendengar jawapan itu yang mana dia menganggap bahawa kata-kata pegawai nya tadi boleh membawa kepada fitnah yang besar dan boleh menggugat takhta dan pemerintahannya. Ini akan menyebabkan rakyat akan merasa bahawa selama ini mereka telah ditipu dengan dakwaan raja yang mendakwa dirinya sebagai tuhan yang patut disembah selain daripada Allah dan menganggap dirinya sebagai tuhan manusia . Tukang-tukang sihir dan pegawai-pegawai yang jahat itu bekerja siang dan malam dalam memperbaiki aqidah pegawai tadi maka gementarlah hati raja tersebut kerana bimbang takhta pemerintahannya akan tergugat. Dia telah menyiksa pegawai itu sehinggalah dia memberitahu mengenai beritahu pemuda tersebut.

Apabila pemuda tadi datang ke istana yang mana raja itu menyangka bahawa pemuda tadi telah mencapai suatu tahap ilmu sihir hasil daripada tunjuk ajar tukang sihirnya. Tetapi ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali apabila pemuda tadi mengingkari sihir dan tukang sihir yang mana dia memberitahu mereka bahawa dia tidak menggunakan ilmu sihir untuk mengukuhkan kedudukan takhta dan menyembah raja itu. Sebaliknya dia akan berdakwah kepada manusia supaya mengingkari raja tersebut dan beriman kepada Allah s.w.t yang Esa. Maka raja tersebut pun menyeksa pemuda tadi dengan tujuan untuk mengetahui punca fitnah yang berlaku kepadanya sehinggalah budak tadi memberitahu mengenai rahib tadi. Maka terjadilah perkara yang ditakuti oleh rahib tadi berkenaan perkara yang tidak diingini berlaku. Maka diazabnya rahib tadi agar meninggalkan agamanya namun ia enggan dan tetap bersabar sehinggalah sampai ke kemuncaknya yang mana badannya dibelah dua dengan gergaji. Begitu juga yang berlaku kepada pegawainya yang beriman itu. Begitulah pemuda yang sabar di dalam menahan azab ketika dalam mehnah dan ujian dengan mengutamakan iman daripada kehidupan mereka. Walaupun mereka diuji dengan azab, namun pada hakikatnya mereka berada di dalam pertolongan dan perlindungan Allah s.w.t serta mendapat keredaanNya dengan memperolehi syurga dan dijauhkan daripada azab neraka yang mana pada hari qiamat mereka ditolong oleh Allah s.w.t .

Raja tersebut cuba mempengaruhi pemuda tadi kerana ia boleh mengukuhkan kedudukannya jika dia kembali kepada agama asalnya kerana pemuda tadi memiliki sifat-sifat yang unik. Tambahan pula bapanya adalah daripada kalangan pembesar negara yang mana raja itu tidak mahu menimbulkan kemarahan pemuda budak tersebut dan kekecohan di kalangan kaumnya. Setelah gagal melembutkan hati pemuda tadi, mereka telah merancang untuk membunuhnya dengan pelbagai cara disamping masih memberi peluang kepada pemuda tadi untuk kembali kepada aqidah asalnya dengan menganggap bahawa cara itu akan dapat menakutkan pemuda tersebut tetapi mereka telah silap. Rancangan pertama ialah menghantar pemuda tadi ke puncak gunung untuk dihumbankan ke lembah yang curam. Lalu pemuda itu berdoa kepada tuhanNya. Tiba-tiba bergegarlah gunung tersebut dan jatuhlah semua pegawai-pegawai raja ke dalam lurah yang tinggi itu. Kembalilah pemuda tadi kepada raja dengan selamatnya dan memberitahu akan mengenai apa yang menimpa pegawai-pegawai bersamanya tadi.

Selepas gagal cubaaan pertama, lalu dihantar pula ke tengah laut untuk dihumbankan ke dasar lautan jika dia masih enggan kembali ke agama asalnya . Maka berdoalah pemuda tadi kepada Tuhannya. Doanya dimaqbulkan yang mana kesemua pegawai tadi ditenggelamkan oleh Allah s.w.t. Pemuda tadi kembali semula kepada raja dengan selamatnya.

Suatu peringatan yang penting di sini ialah mengenai tindakan pemuda tadi yang mana dia tidak terus melarikan diri setelah diselamatkan oleh Allah s.w.t tetapi dia tetap kembali kepada raja tersebut. Ini adalah kerana dia tidak berniat untuk menyelamatkan dirinya semata-mata tetapi bertujuan untuk menzahirkan agama Allah s.w.t dan meninggikan kalimahNya. Tidak syak lagi orang ramai selalu mengikuti perkembangan perjalanan pemuda tersebut sehingga mereka mengetahui apa yang berlaku kepadanya. Setiap perbuatan pemuda itu menjadi buah mulut di majlis-majlis dan perayaan-perayaan terutamanya berkaitan dengan keberanian pemuda tersebut dalam menghadapi pemerintah yang zalim itu tanpa rasa gentar dan takut. Sebenarnya orang ramai tidak mempercayai segala dakwaan raja mereka tetapi oleh disebabkan kezaliman raja menyebabkan mereka menyembunyikan perkara ini.

Raja menyedari akan kelemahannya untuk membunuh pemuda tersebut maka akhirnya pemuda itu sendiri memberitahu mengenai satu cara yang membolehkan dirinya dibunuh. Walau dengan apa cara sekalipun yang dilakukan oleh raja itu namun ia tidak dapat membunuhnya kecuali dengan cara yang akan diberitahu oleh pemuda tadi. Pemuda tadi meminta raja tersebut supaya mengumpulkan orang ramai di suatu tempat dan mengikatnya pada suatu batang kayu. Kemudian mengambil anak panah daripada simpanannya dan memanahnya dengan berkata:” Dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini!”. Lalu raja pun memanahnya sebagaimana cara yang di suruh oleh budak itu.

Begitulah peristiwa yang terjadi yang mana tatkala anak panah itu terkena ke dada pemuda tadi, maka raja itu telah memeriksa dengan meletakkan tangannya pada tempat anak panah tersebut bagi mengesahkan bahawa dia telah mati. Kematian pemuda tadi setelah menunjuk cara kepada raja cara untuk membunuhnya apabila raja tersebut tidak mampu membunuhnya melainkan dengan cara memanah dengan anak panah yang diambil dari simpanan pemuda itu sendiri dan bukan menggunakan anak panah yang lain sambil melafazkan dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini. Jika tidak, maka raja tersebut tetap menemui jalan kebuntuan di dalam membunuhnya.

Jika perkara ini terjadi pada zaman kita maka sudah tentu menjadi satu perbalahan dan perbahasan kepada sesetengah orang yang tidak mendalami dalam bidang agama tentang sejauh mana kebenaran perbuatan pemuda tadi. Adakah ia patut menunjukkan jalan kepada raja tersebut cara yang boleh menyebabkan ia mati? Atau bukan cara itu akan membunuhnya. Sesetengah orang yang cetek ilmunya pula mendakwa bahawa perbuatan pemuda tadi termasuk di dalam perbuatan membunuh diri. Sebenarnya membunuh diri adalah perbuatan orang yang berputus asa dan mahu lari daripada kehidupannya yang sebenar. Sedangkan pemuda tadi dan orang yang sepertinya adalah orang yang sanggup berkorban jiwa raga mereka untuk menyebarkan dan mempertahankan keIslaman dan keimanan mereka. Merekalah yang menentang kejahatan orang yang berbuat kerosakan dan ini merupakan herdikan kepada orang kafir.

Bukanlah pemuda tadi seorang yang bodoh menuntut kematian tetapi sebenarnya dia begitu berharap dengan kematiannya itu dapat mengajak orang lain ke arah keimanan kepada Allah s.w.t dan mengajak orang lain supaya menentang taghut tersebut. Kadang-kadang ketakutan yang ada pada manusia menyebabkan mereka terhalang daripada mengikuti kebenaran dan dalam memperkatakan kebenaran tersebut. Tampilnya pemuda tadi dengan mengorbankan dirinya tanpa menghiraukan raja dan pegawai-pegawainya adalah merupakan satu contoh kepada orang ramai dalam menyatakan kebenarannya.

Setelah pemuda tersebut hampir menemui ajal, dengan perasaan lega raja tersebut merasakan bahawa telah berakhir fitnah terhadapnya dan telah selesai urusannya dengan mengikis punca dan akar umbi lawannya itu. Tiba-tiba datang pegawainya dengan tergesa-gesa dan memberitahu bahawa terjadi perkara yang paling ditakuti oleh raja itu sendiri iaitu berimannya orang ramai kepada Allah s.w.t . Maka dengan ini tercapailah segala hasrat dan tujuan pemuda tadi dengan mengikis perasaan takut orang ramai tanpa menghiraukan raja berserta pegawainya dan menjadikan pengorbanan dirinya dijalan Allah s.w.t sebagai suatu wasilah atau jalan untuk orang ramai beriman dan mentauhidkan Allah s.w.t .

Kemarahan raja tersebut sampai ke kemuncaknya yang mana dengan segera dia mengarahkan semua pegawai dan sekutu-sekutunya menggali parit dan menyalakan api ke dalamnya dengan menghumbankan setiap orang yang tidak mahu kembali kepada agamanya yang asal. Namun semua orang lebih rela dihumbankan ke dalam api tersebut kerana api neraka di hari qiamat lebih ditakuti oleh mereka daripada api dunia yang jauh bezanya, begitulah mauqif dan pendirian orang mukmin yang sebenarnya.

Suatu peristiwa yang penting di dalam kisah yang bersejarah ini adalah peristiwa seorang wanita yang masih mempunyai anak kecil di dalam pangkuannya yang masih menyusu apabila dia menghampiri jurang api tersebut hampir-hampir dia mahu kembali ke agamanya yang asal lalu dengan izin Allah s.w.t menjadikan anak yang kecil itu dapat bercakap kepada ibunya supaya bersabar kerana ia berada di dalam kebenaran dengan kata-katanya yang berbunyi: bersabarlah ibuku sesungguhnya kita berada didalam kebenaran. Itulah kebesaran Allah s.w.t untuk mengukuhkan kedudukan dan keimanan orang mukmin. Allah s.w.t telah merakamkan peristiwa dan sebab pembakaran mereka tersebut di dalam ayat 4 hingga 8 surah al-Buruj yang bermaksud:

“Binasalah dan terlaknatlah orang yang membuat parit (yaitu para pembesar Najran di Yaman), yang berapi (yang mempunyai) kayu bakar, ketika mereka duduk di sekitarnya, sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang mukmin. Dan mereka menyiksa orang-orang mukmin itu hanya kerana (orang2 mukmin itu) beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa, Maha Terpuji,”

Begitulah kezaliman dan sifat melampau mereka kerana sanggup membakar kaumnya sendiri diatas sebab tidak mengikut jalan dan cara yang diciptakan oleh mereka sendiri.Bagi mereka perkara yang penting ialah dapat mengekalkan raja dan mempertahankannya jika tidak semua orang akan di bakar hidup-hidup.

PENGAJARAN KISAH

1. Allah tetap menyempurnakan agamaNya sebagaimana Dia menolong pemuda dalam kisah ini. Kaum yang selama ini berada dalam kesesatan dan kezaliman mendapat hidayah Allah apabila melihat peristiwa yang berlaku kepada budak itu.Allah taala senantiasa membantu mereka yang menegakkan dan memelihara serta mempertahankan agamaNya

2. Allah mampu membangkitkan pendakwah pada agamaNya daripada kalangan org yang mana pada mulanya dianggap pengukuh kepada kerajaan Thaghut sebagaimana pemuda di dalam kisah ini, pada mulanya pemuda itu menjadi murid kepada tukang sihir tetapi akhirnya beriman kepada Allah melalui pengajian yang di perolehi daripada Abid dan akhirnya dia menjadi penentang paling kuat kepada kerajaan yang zalim itu.

3. Iman tidak memerlukan masa yang panjang setelah diberi hidayat oleh Allah didalam hati manusia sebagaimana yang terjadi kepada kaum di dalam kisah ini.

4. Allah mengurniakan karamah (kemuliaan) kepada wali-waliNya didalam memperkukuhkan lagi keiman adan keyakinan.

5. Orang kafirn sentiasa bermusuh dengan orang beriman sebagaimana di gergaji rahib dan pegawai raja yang telah beriman kepada Allah.

6. Kita wajib bersabar di dalam menempuh ujian sebagaimana sabarnya rahib, pegawai dan budak itu serta kaum yang telah dihumbankan ke dalam lubang api.

7. Di bolehkan membuat helah dalam peperangan dan perkara yang bertujuan menegakkan kebenaran.

8. Orang yang jahat sentiasa mahu kejahatan mereka diwarisi kepada orang lain sebagaimana tukang sihir mahu mengekalkan ilmu sihirnya kepada orang lain untkn menyesatkan manusia.

9. Mereka yang benar-benar yakin, Istiqomah, dan ikhlas dalam perjuangan sahaja yang akan mendapat kemenangan.

Kesimpulan

Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT kita hendaklah yakin akan kebenaran agama Allah dan sentiasa berdoa serta bergantung kepadaNya Serahlah segala urusan dan penentuan hanya kepada Allah. Barang sesiapa yakin kepada Allah maka Allah akan menolongnya dan jika dia terkorban sekalipun pegorbanannya itu akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan ke arah kebenaran. Kita hendaklah berjemaah kerana ia akan membawa kepada keberkatan dan kebahgiaan. Sesiapa yang menolong dan membantu agama Allah di dunia maka Allah akan menolongnya di dunia dan di akhirat serata menetapkannya di dalam islam.

Wednesday, November 17, 2010

UKHUWAH FILLAH: Antara Memahami Dan Merasai


Tidaklah terlalu sukar untuk mencari teman yang mampu memahami masalah yang membebankan kehidupan kita. Namun Ukhuwah menawarkan sesuatu yang lebih indah iaitu teman yang bukan sekadar memahami tetapi juga turut merasai bebanan perasaan yang sedang kita tanggung.
Teman atau sahabat yang terbina diatas rasa persaudaraan kerana Allah memiliki jiwa yang begitu halus dan peka. Ia benar-benar menginginkan kebahagiaan untuk sahabatnya hingga sentiasa mengingati nama sahabatnya setiap kali berdoa dan munajat. Ketika sahabatnya berada dalam kesusahan maka ia pun turut merasainya lalu sering ia memanjangkan sujud memohon kebaikan untuk sahabatnya.

Ya, tentu sukar tetapi tidak mustahil. Rahsianya ialah IMAN. Ya, persaudaraan yang terbina diatas dasar iman bukan kerana kepentingan duniawi atau nafsu. Persaudaraan yang menjadikan syurga dan keredhaan Allah sebagai matlamat utama.

Ya, tentu sukar untuk membayangkannya sebagaimana sukarnya untuk kita melupakannya setelah kita benar-benar merasainya. Pernahkah kita merasakan simpati ketika melihat wajah teman kita yang dilanda kesedihan dan dia belum sempat meluahkan perasaan atau mengadu kepayahannya kepada kita. Atau pernahkah kita terasa bahagia ketika teman kita baru sahaja cuba membuka mulutnya untuk berkongsi kebahagiaan. Sekiranya belum maka tentu kita belum pernah merasainya (ukhuwah) dan sekiranya pernah maka mungkinkah ukhuwah ini hanya diruntuhkan hanya dengan khabar-khabar angin atau umpatan-umpatan orang-orang yang lemah imannya.

Tuesday, November 16, 2010

Salam Eid Adha kepada ahli ALumni

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

aidil-adha.jpg


Eid Mubarak sahabat-sahabat alumni =) Selamat Hari Raya Aidiladha…Alhamdulillah, syukur sebab kita diberi kesempatan pada tahun ini untuk bersama-sama merayakan ibadah korban. Thank you Allah (SWT)~~Alhamdulillah tahun ini, Allah (SWT) limpahkan rezeki yang murah kepada kita sebab kita dapat berkorban 8 ekor lembu(eh lembu kh sapi?sama kali?) dan 12 ekor kambing. Ngaleh jua lah motong-motong daging, tapi syok sangat sebab ada kerjasama dan saling bantu membantu =) Ukhuwwah terjalin dan semakin rapat *wink wink*


Sempat ana berfikir sejenak, betapa telitinya ciptaan Allah (SWT). Apa yang ana dapat lihat, mula-mula kita tak sedar bahawa ciptaan Allah (SWT) sungguh unik dan penuh dengan misteri. Misalannya, bila kita tengok kambing/lembu, kita inda pun merasakan apa-apa kelainan, sebab biasanya kita tahu beli saja di kedai. Sungguh berlainan bila kita sendiri yang ‘bedah siasat’ haiwan atu. Rupanya sungguh nipis kulit haiwan atu, mudah saja kena potong, tapi walaupun ia nipis tetap jua haiwan atu dapat hidup(but not until today ehe). Apa nya urang, kalau kan diikutkan really fragile wah. Lepas satu lapisan, ada lagi lapisan yang lain(lapisan isi) and then barutah ada lapisan perut + usus.



First time lihat, heran ada, taa’jub pun ada. Kalau kan dipikir-pikirkan indah ciptaan Allah (SWT) ane, even yang simple pun tani inda pernah terpikir yang sebenarnya benda atu cematu. Masa mengarat-ngarat, I keep asking myself ‘part apa ne ah?belapis-lapis and banyak lamak, cana buleh tu ah?sedangkan ia makan rumput and minum air ganya, wah~~syok ee rasa kan jadi doktor rasanya, supaya dapat belajar organ-organ dalaman, Masyaallah unik banar Allah (SWT) cipta, baru jua sedikit ne, apa lagi ciptaan Allah (SWT) yang lain-lain ah?’.


‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah (SWT)) bagi orang yang berakal’ Al-Imran : 190


Personally ana rasa happy sangat-sangat dengan rahmat Allah (SWT) yang inda pernah putus terhadap hamba-hambaNya. Maritah tani sama-sama merenungkan sejenak ciptaan Allah (SWT), apa sajalah yang kamu terpikir masane(langitkah, pokokkah, even diri tani pun unik!Tani sendiri pun inda tahu apa dalam badan tani, kan kan?). Terpulang kepada kitani cemana kan membalas semua kurniaan dan nikmat yang Allah (SWT) anugerahkan arah kitani. Sama-sama tani mengucapkan Alhamdulillah dan berdoa semoga kitani akan dimurahkan rezeki dan dapat lagi berkorban tahun hadapan. Semoga ibadah korban kitani akan diterima Allah (SWT) dan semua dosa tani diampunkan Allah (SWT), berkat ketulusan hati dan jiwa kitani yang selalu mengharapkan maghfirah dan kasih sayangNya.



aidiladha.jpg