Wednesday, November 17, 2010

UKHUWAH FILLAH: Antara Memahami Dan Merasai


Tidaklah terlalu sukar untuk mencari teman yang mampu memahami masalah yang membebankan kehidupan kita. Namun Ukhuwah menawarkan sesuatu yang lebih indah iaitu teman yang bukan sekadar memahami tetapi juga turut merasai bebanan perasaan yang sedang kita tanggung.
Teman atau sahabat yang terbina diatas rasa persaudaraan kerana Allah memiliki jiwa yang begitu halus dan peka. Ia benar-benar menginginkan kebahagiaan untuk sahabatnya hingga sentiasa mengingati nama sahabatnya setiap kali berdoa dan munajat. Ketika sahabatnya berada dalam kesusahan maka ia pun turut merasainya lalu sering ia memanjangkan sujud memohon kebaikan untuk sahabatnya.

Ya, tentu sukar tetapi tidak mustahil. Rahsianya ialah IMAN. Ya, persaudaraan yang terbina diatas dasar iman bukan kerana kepentingan duniawi atau nafsu. Persaudaraan yang menjadikan syurga dan keredhaan Allah sebagai matlamat utama.

Ya, tentu sukar untuk membayangkannya sebagaimana sukarnya untuk kita melupakannya setelah kita benar-benar merasainya. Pernahkah kita merasakan simpati ketika melihat wajah teman kita yang dilanda kesedihan dan dia belum sempat meluahkan perasaan atau mengadu kepayahannya kepada kita. Atau pernahkah kita terasa bahagia ketika teman kita baru sahaja cuba membuka mulutnya untuk berkongsi kebahagiaan. Sekiranya belum maka tentu kita belum pernah merasainya (ukhuwah) dan sekiranya pernah maka mungkinkah ukhuwah ini hanya diruntuhkan hanya dengan khabar-khabar angin atau umpatan-umpatan orang-orang yang lemah imannya.

Tuesday, November 16, 2010

Salam Eid Adha kepada ahli ALumni

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

aidil-adha.jpg


Eid Mubarak sahabat-sahabat alumni =) Selamat Hari Raya Aidiladha…Alhamdulillah, syukur sebab kita diberi kesempatan pada tahun ini untuk bersama-sama merayakan ibadah korban. Thank you Allah (SWT)~~Alhamdulillah tahun ini, Allah (SWT) limpahkan rezeki yang murah kepada kita sebab kita dapat berkorban 8 ekor lembu(eh lembu kh sapi?sama kali?) dan 12 ekor kambing. Ngaleh jua lah motong-motong daging, tapi syok sangat sebab ada kerjasama dan saling bantu membantu =) Ukhuwwah terjalin dan semakin rapat *wink wink*


Sempat ana berfikir sejenak, betapa telitinya ciptaan Allah (SWT). Apa yang ana dapat lihat, mula-mula kita tak sedar bahawa ciptaan Allah (SWT) sungguh unik dan penuh dengan misteri. Misalannya, bila kita tengok kambing/lembu, kita inda pun merasakan apa-apa kelainan, sebab biasanya kita tahu beli saja di kedai. Sungguh berlainan bila kita sendiri yang ‘bedah siasat’ haiwan atu. Rupanya sungguh nipis kulit haiwan atu, mudah saja kena potong, tapi walaupun ia nipis tetap jua haiwan atu dapat hidup(but not until today ehe). Apa nya urang, kalau kan diikutkan really fragile wah. Lepas satu lapisan, ada lagi lapisan yang lain(lapisan isi) and then barutah ada lapisan perut + usus.



First time lihat, heran ada, taa’jub pun ada. Kalau kan dipikir-pikirkan indah ciptaan Allah (SWT) ane, even yang simple pun tani inda pernah terpikir yang sebenarnya benda atu cematu. Masa mengarat-ngarat, I keep asking myself ‘part apa ne ah?belapis-lapis and banyak lamak, cana buleh tu ah?sedangkan ia makan rumput and minum air ganya, wah~~syok ee rasa kan jadi doktor rasanya, supaya dapat belajar organ-organ dalaman, Masyaallah unik banar Allah (SWT) cipta, baru jua sedikit ne, apa lagi ciptaan Allah (SWT) yang lain-lain ah?’.


‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah (SWT)) bagi orang yang berakal’ Al-Imran : 190


Personally ana rasa happy sangat-sangat dengan rahmat Allah (SWT) yang inda pernah putus terhadap hamba-hambaNya. Maritah tani sama-sama merenungkan sejenak ciptaan Allah (SWT), apa sajalah yang kamu terpikir masane(langitkah, pokokkah, even diri tani pun unik!Tani sendiri pun inda tahu apa dalam badan tani, kan kan?). Terpulang kepada kitani cemana kan membalas semua kurniaan dan nikmat yang Allah (SWT) anugerahkan arah kitani. Sama-sama tani mengucapkan Alhamdulillah dan berdoa semoga kitani akan dimurahkan rezeki dan dapat lagi berkorban tahun hadapan. Semoga ibadah korban kitani akan diterima Allah (SWT) dan semua dosa tani diampunkan Allah (SWT), berkat ketulusan hati dan jiwa kitani yang selalu mengharapkan maghfirah dan kasih sayangNya.



aidiladha.jpg


Sunday, November 14, 2010

10 keutamaan menghubungkan ukhwah

Dari : Exco Rohani & Kepimpinan

Salam rindu buat sahabat-sahabat alumni, semoga bahagia dengan iman dan Islam dalam setiap amal kamu.

Entri kali ini ingin berbicara keutamaan menhubungkan ukhwah.Semoga perkongsiang sederhana ini bisa membuahkan kejayaan iatu meraih "trofi maghfirah" dariNya.Amiiin...


1. Mendapatkan keredaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah begitu juga penduduk di langit.

2. Menggembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah.

3. Dapat menambahkan pahala amalnya setelah ia meninggal kelak.

4. Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.

5. Dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.

6. Allah dapat melanjutkan usianya.

7. Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.

8. Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.

9. Dapat menggimbirakan jenazah yang berada di alam barzah.

10. Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.

Muhasabah Kasih untuk Cinta

Saudaraku,

Hayatilah Persaudaraan Kerana Allah

Assalamualaikum,

Semoga perjalanan hidup kalian sentiasa dilingkungi rahmat dan di bawah peliharaan-Nya jua. Tasbih dan tahmid hanya untuk khaliq yang Maha Pencipta segala sesuatu. Selawat dan salam buat junjungan mulia, kekasih-Nya, Al-Amin, para sahabah yang setia bersama baginda serta para duat yang sedang dalam perjalanan ke nokhtah kebenaran bersama bebanan tanggungjawab yang terpikul di bahu-bahu mereka.

Renungi sejenak firman-Nya yang mulia yang mafhumnya:

"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.".
(Terjemahan surat Al-Anfaat: Ayat 63)

Ikatan akidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Dan, di situlah terbitnya ukhuwah fillah (persaudaraan yang terjalin semata-mata kerana Allah). Keindahan persaudaraan akan terserlah tatkala keimanan yang jitu tersemat di dalam hati.

Saudara,

Apabila ditinjau hasil persaudaraan yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. di jiwa para sahabah, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayatinya. Bukan harta sahaja yang sanggup diserahkan hatta nyawa sekalipun sanggup dijadikan cagaran.

Marilah kita rengungi kisah pada zaman sahabah. Sebaik sahaja selesai peperangan, para pejuang meninjau sahabat-sahabat mereka yang masih hidup. Tatkala itu, seorang pejuang terlihat tiga sahabatnya dalam keadaan parah dan tidak bermaya. Dia segera menuju sabahat terdekat yang kehausan, lalu diisyaratkan agar air itu diserahkan kepada sahabat itu. Tatkala air hendak diteguk, terdengar pula rintihan sabahat yang ketiga, lalu diisyaratkan sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat yang pertama. Sahabat yang akhir pula sayu melihat keadaan kedua-dua sahabatnya, lalu meminta agar air itu dikembalikan kepada sahabat yang pertama. Apabila tiba pada pahlawan pertama tadi, ternyata dia telah syahid. Pejuang itu segera menuju dua sahabatnya lagi, namun semuanya kembali menemui Allah dengan keagungan sifat persaudaraan yang tertanam di hati mereka.

Demikian manisnya persaudaraan yang tidak didasarkan kepada kepentingan diri. Tidak terdiri atas sikap haloba harta dunia dan tidak tertegak dengan kata-kata manis semata-mata. Akan tetapi, itulah persaudaraan yang hakiki.

Lantaran itu,

Kembalilah merengungi hakikat kita hari ini. Persaudaraan yang kita laungkan untuk Allah, yang berdasarkan keimanan yang hanya kepada Allah hakikatnya terlalu jauh berbeza daripada persaudaraan yang diamalkan oleh generasi terdahulu. Jangankan berkorban untuk sahabat, bahkan peringkat persaudaraan yang paling rendah sekalipun, tidak mampu kita realisasikan.

Sedarilah duhai sahabat,

Persaudaraan yang sejati adalah bertitik tolak daripada keikhlasan dan kasih sayang yang benar, semata-mata kerana Allah. Kesilapan yang lalu dijadikan sebagai iktibar dan tidak harus diulangi. Pohonlah bantuan daripada Allah, moga-moga persaudaraan yang kita jalinkan ini akan diredai oleh-Nya.



Moga ia semanis madu....

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana sudi memperkenalkan kami dengan pengalaman baru.Alhamdulillah..Baru-baru ni, saya (admin blog alumni) berkesempatan bersama sahabat-sahabat alumni yang lain ke kenduri salah seorang ahli alumni di Yan..Walaupun tiba lewat, tapi memuaskan.Terima kasih untuk layanan yang baik..Semoga sentiasa dirahmati Allah.

Pengalaman indah yang saya cuba kongsikan sini adalah ukhwah.Walaupun ia adalah perkara yang sentiasa di bahsakan.Atau kata setengah orang "dah lapuk"...Tidak ada istilah "lama atau "baru" dalam duni ukhwah ini..Terasa ukhwah sebelum ini kembali hangat.Kami sama-sama setelah selesai menjamu selera ke tepi laut yang kebetulan dekat dengan rumah kenduri.

Allahuakbar , berkesempatan menikmati saat matahari terbenam..Fuh, indah sangat mengecapai suasana ketika itu..Romantik (???) ..Huhu..

Ketika itu, tampak kelihatan di wajah sahabat-sahabat saya kegembiraan.Bahagia sungguh hati ini melihat senyum manis sahabat-sahabat.Gembira mereka menyebar bahagia..Ye lah , bahagia sanagat, kalau semasa di Ma'had dulu tak kisah, hari2 boleh lihat gelagat sahabat-sahabat..Riang.Happy.Macam2 ada. Kali ini, ia berbeza.Ye lah, masing2 sibuk dengan amal tersendiri, tak berkesempatan untuk berkongsi ketawa.

Ukhwah ini terasa manis..Manisnya madu..Ya..Semoga ia semanis madu...Madu itu penawar...
Bukan semanis gula..Ya , sudah tentu bukan gula, kerana gula yang berlebihan mengundang penyakit.


Presiden Alumni; Saudara Suhaimi bersama Saudara Mohd Amin

ketika ini, angin laut yang bersepoi bertiup.Lembut sungguh..

Sahabat-sahabat mengabadikan kenanagn bersama.

Menikmati matahari terbenam

Terbenam ia untuk hari esok yang pasti.

Pulang ke destinasi masing-masing dengan azam yang baru, cuba menyelami "sinar"nya matahari yang tanpa jemu dan cuba aplikasi dalam dunia ukhwah. Banyak benda yang boleh kita beljar dari semua ciptaan Allah hatta matahari pun , cumanya semoga kita sahaja bersedia untuk menjadi "murid" kepada sunatullah atau aturan Allah. Ya , belajar dari pengalaman..Itu guru terbaik.

p/s : terdetik di hati dan sempat bercakap dengan nada seakan berbisik , " Laut ini akan jadi saksi.nantikan kehadiran kami, Kami akan bertapak di sini untuk program.Insyallah".

Thursday, November 11, 2010

Purdah dari kaca mata ulama

Dari Unit Tanzim & Jabatan Nuqaba'

Bismillah , alhamdulillah untuk pertama kalinya saya dari unit tanzim untuk berkongsi sedikit santapan rohani buat sahabat-sahabat semua.
Hari ini, teringin berkongsi denga sahabat mengenai satu perkara yang sudah menjadi perbahasan par alim 'ulama iaitu berpurdah? Bagaimana hukumnay purdah disisi ulama kita ahlulsunnah waljamaah? maka di sini saya lampirkan beberapa bahasan dari rujukan kitab-kitab arab.Insyallah semoga bermanfaat.


Purdah dari kaca mata ulama


Niqab ialah sesuatu yang digunakan oleh wanita bagi menutup bahagian wajah mereka.Cuma yang dipamerkan hanya bahagian mata sahaja.Terdapat lagi istilah-istilah yang ada kaitan dengan niqab.Antaranya ialah khimar, burqa’ , hijab, dan litham. Saya akan terangkan secara ringkas satu persatu kaitan antara istilah-istilah tersebut dengan niqab.

1. الخمار : ini ialah nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian kepala bagi wanita.Ini berdasarkan firman Allah taala di dalam al-Quran surah al-Nur ayat 31:


وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ


Maksudnya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
Kaitan di antara niqab dan khimar ialah niqab digunakan untuk menutup wajah,manakala khimar digunakan untuk menutup kepala.Kedua-duanya merupakan pakaian muslimah.

2. الحجاب: Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wanita tersebut.

3. البُرقَع : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wajah wanita.Menurut Ibn Manzhur ,pengarang kitab Lisan al-Arab: Terdapat sedikit ruang untuk memperlihatkan mata bagi burqa’. Jika kita mengambil dengan takrif yang diberikan oleh Ibn Manzhur maka ianya sama maksud dengan niqab.

4. اللِثام : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian mulut.Kaitan di antara niqab dan al-Litham ialah , niqab digunakan untuk menutup keseluruhan wajah kecuali kedua mata. Manakala al-Litham pula digunakan untuk menutup bahagian mulut dan ke bawah. Bilamana niqab digunakan untuk menutup bahagian wajah wanita maka ianya mempunyai kaitan rapat dengan aurat. Ini kerana, aurat adalah merupakan anggota yang wajib ditutup. Maka para ulama berbeza pendapat, adakah wajah termasuk di dalam aurat bagi wanita?

Jumhur para ulama iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah berpendapat mengatakan bahawa wajah wanita bukanlah aurat. Ini bermakna, diharuskan bagi wanita untuk menutup wajahnya dan dibenarkan juga baginya untuk membuka wajahnya.


Menurut para ulama bermazhab Hanafi: Wanita muda dilarang mempamerkan wajahnya di hadapan lelaki yang ajnabi . Larangan di sini bukanlah disebabkan wajah mereka aurat. Tetapi adalah untuk mengelakkan fitnah.Ini juga merupakan pendapat al-Imam Ibn Abidin rahimahullah, salah seorang ulama Hanafi.


Manakala para ulama bermazhab Maliki pula berpendapat: Makruh bagi wanita untuk memakai niqab( yang dimaksudkan dengan niqab oleh para ulama Maliki ialah yang menutup keseluruhan wajah termasuk mata)sama ada semasa solat atau selainnya.Ini kerana ianya terlalu berlebih-lebihan. Maka berdasarkan pendapat ini, golongan lelaki adalah lebih utama tidak memakai niqab, kecuali jika ianya menjadi adat bagi tempat tersebut.

Para ulama Maliki juga menyebutkan bahawa: Jika wanita tersebut muda dan cantik serta dibimbangi ianya akan menimbulkan fitnah, maka wajib baginya memakai niqab(purdah), serta menutup kedua tapak tangannya(dengan memakai sarung tangan).

Para ulama bermazhab Syafie pula berbeza pendapat didalam masalah niqab ini.Sebahagian ulama bermazhab Syafie berpendapat wajib bagi wanita memakai niqab,sebahagian lagi mengatakan ianya sunnah manakala sebahagian lagi mengatakan ianya merupakan Khilaf al-Aula.

Didalam hadis baginda sallallahu alaihi wasallam disebutkan:


عن سيدنا ابن عمر رضى الله عنهما أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: لا تنتقب المرأة المحرمة و لا تلبس القفازين


Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, Sesungguhnya Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Janganlah seorang wanita tersebut memakai niqab dan memakai sarung tangan ketika dalam keadaan ihram.

Disebutkan oleh Ibn Taimiyah rahimahullah : Hadis ini menjadi dalil bahawa wanita pada zaman Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai niqab dan sarung tangan. Oleh sebab itulah baginda sallallahu alaihi wasallam melarang pemakaian tersebut pada ketika waktu menunaikan ibadah haji.

KESIMPULAN

Jika kita menilai dengan baik pendapat para ulama tersebut, maka jelas menunjukkan bahawa niqab adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam. Cuma perlu difahami, bukanlah saya bertujuan untuk menyuruh semua wanita memakai niqab secara total. Amalkan berdasarkan kemampuan kita. Jika wanita tersebut merasakan bahawa jika dia tidak memakai niqab maka ianya akan menjadi lebih bahaya dan fitnah(manusia akan memandang kepadanya dengan syahwat),maka wajib baginya memakai niqab. Tetapi jika dia merasakan bahawa tiada masalah jika dia tidak memakai niqab, maka tidaklah menjadi dosa jika dia tidak memakai niqab sekalipun. Mereka boleh mengunakan sebahagian pendapat yang dipegang oleh ulama bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa ianya merupakan Sunnah.

Wallahu a’lam



Sumber rujukan :

1. Mausu’ah Kuwaitiyah jilid 41 mukasurat 134

2. Mausu’ah Yusufiyah oleh Syiekh Doktor Yussuf Khattar hafizahullah mukasurat 605-610

Blog Ustaz Nazrl Nasir (http://nazrulnasir.blogspot.com/)

Wednesday, November 10, 2010

ORGANISASI ALUMNI MAKTAB MAHMUD PENDANG

Alhamdulillah, selesai sudah mesyuarat Majlis Tertinggi alumni.Antara agenda mesyuarat tersebut adalah melantik barisan exco-exco yang bakal sama-sama untuk meneraju kepimpinan dalm alumni.Insyallah, tunaikan amanah andaJawatan adalah "taklif" (tanggunjawab) bukan tasyrif(untuk dibangga).Jadi buat semua sahabat-sahabat inilah susunan organisasi atas keputusan syura mesyuarat barisn Majlis Tertinggi Alumni.

ORGANISASI ALUMNI MAKTAB MAHMUD PENDANG




http://www.skyalbum.com/showAlbum/333132

PENAUNG : USTAZ THALAL BIN MUSTAFFA

PENASIHAT :

PENASIHAT 1 : USTAZ LUTPI BIN ABD AZIZ

PENASIHAT 2 : USTAZAH SUHANA BINTI SUUD


Majlis Tertinggi (MT Alumni)

PENGARAH : MUHAMMAD SUHAIMI BIN SAAD

TIMB. PENGARAH 1 : BADRI BIN ABU BAKAR

TIMB. PENGARAH 2 : RAIHANAH BINTI REJAB

SETIAUSAHA : MUHAMMAD HILMI BIN CHE HALIM

TIMB. SETIAUSAHA : HANI NABILAH BINTI SUKARNO

BENBAHARI : AHMAD FIKRI ARIF BIN AHMAD FUAT

TIMB. BENDAHARI : SITI NOR AMIRA BINTI BAHARUDDIN


Barisan Exco-Exco

UNIT KEROHANIAN DAN KEPIMPINAN

KETUA UNIT : MUHAMMAD SYAUQI BIN ELIAS

TIMB. UNIT : FARAH DIANA BINTI ABU BAKAR


UNIT TANZIM DAN JABATAN NUQABA’

KETUA UNIT : MUHAMMAD SUHAIMI BIN SAAD

TIMB. UNIT : NOOR IZZATI BINTI ABD WAHAB


UNIT EKONOMI DAN KOPERASI

KETUA UNIT : SYUKRI BIN OTHMAN

TIMB. UNIT : NAZIHAH BINTI ABD GHANI


UNIT KOMUNIKASI TEMPATAN DAN ANTARABAGSA

KETUA UNIT : MOHD NAIM BIN SAID

TIMB. UNIT : RASYIDAH BINTI ABD HALIM


UNIT KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN

KETUA UNIT : MOHD AKMAL ARIF BIN HASSIEM

TIMB. UNIT : NUR ADILAH BINTI ABD TAHIR


UINIT MAKLUMAT DAN MULTIMEDIA

KETUA UNIT : MUHAMMAD AMIN BIN HJ SUHAIMI

TIMB. UNIT : NURUL HAZIMAH BINTI IBRAHIM


UNIT KEBUDAYAAN DAN TUGASAN KHAS

KETUA UNIT : MOHD AFIF BIN SOBRI

TIMB. UNIT : WAN FATIN NADA BIN WAN ISMAIL


“GENERASI BERUKHUWAH, BERTUNJANGKAN DAKWAH,

MEMPERKASAKAN SAHSIAH”